Ahad, 18 Mac 2012

Mari Contohi Bangsa Cina!

Berikut adalah sedikit perkongsian yang saya coretkan khas untuk barisan krew iluvislam.com (menulis dalam keadaan cepat dan tergesa-gesa) sebelum saya bertolak ke Pulau Pinang untuk menyertai sebuah seminar yang akan bermula esok pagi (Sabtu) sehingga petang lusa (Ahad). Saya ingin kongsikan dengan semua pengunjung iluvislam.com kerana saya kira ia boleh memberi manfaat kepada umum.
Salam wbt.
Moga semua adik-beradik saya dalam team iluvislam sihat walafiat - badan dan iman.
Saya ingin kongsikan beberapa ayat dari dua manusia hebat yang boleh kita sama-sama renungkan :
"The really happy people are those who have broken the chains of procrastination, those who find satisfaction in doing the job at hand." - Norman Vincent Peale
Dalam hidup kita, termasuklah saya, banyak perkara yang kita suka tangguhkan. Ia adalah suatu penyakit yang kita perlu usaha untuk rawat. Tambahan pula dalam usaha dakwah kita di iluvislam. Perlu kita lawan penyakit ini agar kita lebih produktif dan efisyen, insyaAllah.
Apa sahaja tanggungjawab dan kerja kita hari ini - tidak kiralah samada belajar, bekerja, atau menyumbang kepada masyarakat melalui iluvislam - kita perlu sama-sama usaha mencari makna atau 'meaning' disebalik apa yang kita lakukan. Contohnya, saya sanggup peruntukkan hampir keseluruhan masa yang saya ada untuk fikir, rancang dan urus iluvislam kerana, alhamdulillah - saya menemui makna/meaning tentang erti kehidupan melalui penglibatan dan pengorbanan saya bersama iluvislam. Moga sahabat-sahabat dapat doakan saya istiqamah ya! :)
"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life." - Steve Jobs
Kehidupan kita di dunia sementara cuma.
Life is short. So we have to work hard, and pray hard. Don't lay back and just see what's happening around us. We must do/action/contribute towards a better future of this world.
Kehidupan kita dipenuhi dengan membuat pilihan dan membuat keputusan.
Diri kita sendiri yang membuat pilihan dan memutuskan untuk menyumbang kepada ummah melalui medium iluvislam.
Jadi, saya fikir, apa yang ada di depan mata kita dan apa yang ada dalam genggaman sekarang, perlu kita manfaatkan sebaiknya. Tambah-tambah lagi jika peluang ini - niatnya adalah untuk memajukan lagi ummah kita.
Sama-samalah kita terus bersatu dan bekerjasama dalam usaha kita menjadi rahmatan lil 'alamin (rahmat kepada sekalian alam).
Sempena cuti sambutan Hari Raya Cina, marilah kita sama-sama mencontohi sikap dan nilai positif yang ada di kalangan komuniti Cina yang kita boleh lihat depan mata kita. Jika mereka rajin, tabah dan mencintai orang tua, saya yakin kita juga mampu menjadi ummat yang rajin, tabah dan sayang kepada kedua orang tua kita.
Selamat berusaha dan beramal!

Dendam Yang Termanis

"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.
Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.
Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.
Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.
Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)
Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan.Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.
Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.
Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Kisah Kesabaran Ibrahim Bin Adham

Kisah tentang seorang wali Allah yang tidak asing lagi dalam dunia Islam, Sayyidi Ibrahim bin Adham radhiyallahu'anh. Kisah ini dipetik dan diolah kembali daripada kitab "Kanzul Minan 'Ala Hikami Abi Madyan", yakni sebuah kitab yang mensyarahkan Hikam Abi Madyan radhiyallahu'anh yang telah disusun/ diterjemah oleh Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.
Pada suatu hari, Sayyidi Ibrahim bin Adham sedang berjalan-jalan di pasar. Kemudian, beliau bertembung dengan seorang tentera. Mungkin diakibatkan oleh salah faham, atau mungkin diakibatkan oleh sikap tentera itu yang mahu menunjuk-nunjuk kuasanya, tentera tersebut telah memukul kepala Ibrahim bin Adham beberapa kali. Pada ketika itu, tentera itu tidak mengetahui bahawa yang dipukulnya itu adalah Ibrahim bin Adham. Sayyidi Ibrahim bin Adham langsung tidak membalas pukulan tersebut bahkan beliau hanya bersabar dengan perbuatan tentera tersebut.
Setelah kejadian tersebut berlaku dan Sayyidi Ibrahim bin Adham pun berlalu, maka sampailah pengetahuan kepada tentera tadi bahawa yang dipukulnya tadi adalah Ibrahim bin Adham. Tentera tersebut dengan segera mendapatkan Ibrahim bin Adham serta terus meminta maaf dengan bersungguh-sungguh kepada beliau. Ibrahim bin Adham lantas menyatakan kepada tentera itu, "Semenjak daripada pukulan pertama engkau kepadaku, aku telah berdoa agar Allah mengampunkan dosa engkau."
Tentera itu agak kehairanan dengan doa Sayyidi Ibrahim bin Adham tersebut, kerana perbuatan biadabnya terhadap Ibrahim bin Adham dibalasi dengan kemaafan daripada Ibrahim bin Adham. Tentera itu lantas bertanya kepada Ibrahim bin Adham, "Kenapa memaafkanku wahai tuan?"
Lantas dijawab oleh Sayyidi Ibrahim bin Adham, "Masakan tidak. Disebabkan pukulan daripada engkau dan aku bersabar dengannya, maka aku akan dimasukkan ke dalam syurga. Maka seharusnyalah aku berterima kasih kepada engkau. Justeru itu aku balasi dengan doa semoga Allah mengampuni kesilapan engkau."
Semenjak daripada saat itu, tentera itu terus beradab dengan Sayyidi Ibrahim bin Adham dan menjadi anak murid beliau.
Begitulah contoh akhlak dan sikap seorang wali Allah, seorang yang mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa ta'ala. Seharusnya kita sebagai orang Islam berusaha untuk mencontohi akhlak mulia yang ditunjukkan oleh para 'ulama dan awliya' yang semuanya pada hakikatnya adalah merupakan limpahan daripada cahaya Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam.
Wallahu'alam.

Rahsia Berjaya

Weekend lepas, aku telah hadir di Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa untuk menghadiri Dialog Krew 4 bagi krew ILuvIslam.com. Pada mulanya, aku tidak tahu apa agendanya dialog ini. Rupa-rupanya mereka mahu berbincang mengenai pelan bisnes mereka bagi tahun 2011.
Tapi what a pleasant surprise! I can see for the 1st time in my life bagaimana pelan bisnes dibuat dengan penuh passion, integriti dan keikhlasan. Aku ingatkan hal-hal sebegini telah pupus!
Subjek pengurusan strategik memang merupakan antara kegemaran aku. Tetapi dalam banyak hal, aku sedikit rasa kurang senang kerana banyak pelan bisnes yang aku lihat terutamanya bagi syarikat korperat yang besar seakan-akan tiada 'passion' di dalamnya. Seakan sokongan dari pihak bawahan tidak jelas. Tetapi tidak dari apa yang aku saksikan dalam kumpulan ini.
Walaupun mereka ini terdiri dari mereka yang muda-muda, tetapi pelan bisnes yang telah dibentangkan cukup mantap. Cukup jauh pandangannya. Aku harap badan-badan pengurusan seperti MIM (Malaysian Institute of Management) boleh melihatnya. Dari penceritaan mengenai misi dan visi mereka, ianya dilakukan dengan cukup santai tetapi aku sendiri terasa bahawa bagaimana ianya begitu membekas dalam diri aku.
Penceritaan misi dan visi ini kemudiannya disambut oleh objektif-objektif yang mahu dilakukan bagi menyokong pencapaian misi dan visi. Aku kagum melihat bagaimana 'extensive' objektif mereka. Tak sangka aku yang membentangkan objektif-objektif ini semuanya aku lihat umur mereka tidak melebihi umur 30 tahunNow it makes sense to me mengapa syarikat-syarikat besar seperti Facebook dan Google diterajui oleh mereka-mereka yang muda-muda. Hebat orang muda sekarang!
Satu perkara lagi, aku suka dengan gaya kepimpinan yang ada dalam ILuvIslam.com ini. Semua sedia maklum bukan senang mahu mentadbir satu kumpulan yang majoriti dari anggotanya terdiri dari mereka yang membuat khidmat secara sukarela. Pengalaman aku untuk mentadbir mereka yang 'full-time' dengan sesuatu organisasi pun sudah cukup menyeksakan! Inikan pula mentadbir mereka yang sukarela. Aku cuba pelajari apa rahsia pemimpin kumpulan ini dalam mentadbir. Satu perkara yang jelas, nilai integriti yang ada pada pemimpin kumpulan ini cukup tinggi. Cakapnya dan tindakannya begitu sejajar! Aku sedar, itulah dia satu perkara yang 'attract' krew kumpulan ini untuk menyumbang tenaga dan masa. Hebat cerita ini!
Mereka telah menunjukkan kepada aku cara bagaimana mahu bina organisasi yang cukup utuh. Aku jangka dalam masa beberapa tahun yang terdekat ini, kita semua akan mula mendengar cerita mereka. Aku doa moga Tuhan bimbing mereka dan beri mereka kejayaan.
Apapun, aku juga ingin ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi beri slot untuk aku kongsi idea yang ada dalam 'Rahsia Berjaya'. Aku harap mereka mendapat menafaat darinya. Terdetik dalam hati kecil aku ingin menyumbangkan sesuatu untuk kumpulan ini. Untuk aku beri wang atau harta, aku tidak punya itu semua.
Tetapi semasa dalam perjalanan pulang pada petang itu, hati kecil aku berkata agar aku menyumbangkan ilmu PPB3K kepada krew iluvislam.com ini. Hmmm not a bad ideakan? Aku harap aku dan mereka punya ruang masa untuk ikuti apa yang ada dalam PPB3K ini. Apa pun, Tuhan juga yang Maha Mengetahui. Aku serahkan kepada Dia.